Saturday, June 1, 2019

TERLEPAS MEDSI..UBAH PLAN LA CENTU

Assalammualaikum guys, harini aku update guna BM je lah ok. setelah beberapa minggu befoya-foya di rumah bergoyang kaki, menyibukkan diri dengan persiapan raya sampai aku lupa apa tujuan dan makna hidup ini. HAHAH. Over! Selasa lepas 28 May aku dapat result matrikulasi. Alhamdulillah bukanlah gempak sangat 4 rata. Tapi aku bersyukur terbalas jugaklah kerja keras. Aku terima itulah keputusan yang semampunya dan selayaknya aku dapat. Walaupun tak dapat nak memenuhi harapan ayah aku yang setinggi gunung kinabalu tu especially..tapi aku ada perancangan aku sendiri yang sesuai dengan pointer aku dapat. Haaa, apa sebenarnya plan aku ni?? Aku sebenarnya nak jadi seorang pendidik. Ya, cikgu. Waktu upu online dibuka tu aku ada apply pendidikan memandangkan jadi cikgu ni pon harapan terbesar mak ayah aku. Mula2 aku mmg x minat nak jadi cikgu tapi lepas ja matrikulasi lama2 aku sedar aku suka mengajar. Sebelum aku sambung matrik pon actually aku ambil pengalaman jadi cikgu tadika. Ado lah kan..Tup tup..aku terlepas ujian medsi (aku taktau pon kewujudan medsi ni) ...Haa heloklah..sepupu aku student upsi..dia kata ambil second intake bulan februari. Katanya ujian medsi ni susah. HUHU takutt..aku pon takut dan gelabah melihatkan pengalaman orang lain ambik medsi..tapi prinsip aku "never stop trying because of your uncertainties..nothing is certain than DEATH" haa giteww. aku search punya search pasai medsi and pengalaman orang lain..kebanyakannya ramai yang lepas..ok skang aku pelik susah sangat ke medsi ni?? aceyhh..so aku pon search 'gagal ujian upsi' and guess what?? yg gagal pon ramai..erkk!  -_-

    Ada yang kata sampai berkali-kali jugak try medsi tak lepas.. aku mula rasa takut...sampailah aku sangkakan nak jadi cikgu ni hanya ada satu cara ja iaitu dgn ambil medsi..aku lupa sebnarnya niat aku nak jadi pendidik bukan nak masuk upsi semata-mata..ada cara lain lagi nak jadi pendidik sebenarnya..hmmm..another way is such this..actually impian aku nak jadi cikgu fizik HIHI..nak jadikan cerita macam mana aku minat fizik ni pon taktau..it just happen! matrik dulu kawan2 aku selalu minta tunjuk ajar aku kalau bab fizik..mungkin sebab tu aku jadi suka fizik and mengajar orang.
So kat atas ni antara cara nak jadi cikgu yang bagi aku insyaallah menjadi perancangan memandangkan aku dah terlepas ujian medsi..HAHAAAHHAHAHAAHHAHAHAHAHAAHAA. Nasihat aku untuk adik2 di luar sana..tulung buat research dulu untuk pathway yg korang nak and keep updated with any university u have applied..jangan jadi macam aku..kena ubah plan HUHU  T_T
 Kepada sesiapa yang membaca ni, doakan saya dapat jadi pendidik yang terbaik..Aaminn