Thursday, March 26, 2020

Cerita Semester Satu

Assalammualaikum guys, so harini nak cakap yg aku syok sendiri lagi menulis kat blog ni..yess..itu mmg tak mematahkan semangat aku sbb aku tak nak pun sesiapa baca blog aku..I am popular enough in my real life tho..wutt?? hahhaa..okk sudah. So mcm entry yg sebelum ni, aku ada kata yg aku dh sambung study kat UniKL MICET. Alhamdulillah. I've been here for one semester and yass I'm so proud of it. I survived...for now. Hahhaha..degree is not that bad. But still it's not that easy. I believe that there are moreee to explore and achieve. Pretty interesting...ain't it? So..sekarang mcm just a random things to be shared. Sepanjang aku kat sini, banyak benda la aku belajar dan terbuka sikit minda ni. Masa semester memang agak awkward lagi, biasalah kan dahla duduk jauh tempat baru kan (btw aku degree umur 19). Mesti nak biasakan diri. Tapi alhamdulillah to say that aku tak menangis langsung la masa kena tinggalkan famili waktu pendaftaran hari tu. Ye lah, mesti org expect aku, perempuan anak bongsu pulak tu yg tak pernah berjauhan dengan family untuk menangis. At least a bit. Hahahhahha. Nampak sangat aku  ni tak berperasaan. Sebab aku sentiasa ingat. Takpa aku still akan jumpa dorg lagi no matter how. Semester satu aku experience homesick, annoying dengan perangai roomate, itulah the big issue waktu semester one.
  Ok, nak cerita pengalaman homesick. Untuk sesiapa yang tak pernah homesick sebelum ni..and btw that's my very first time tau homesick. Perasaan dia mcm kau berjalan tapi rasa kaki tak berpijak di bumi yang nyata tau tak. Haaa giteww. Untuk org yang mcm aku. Aku tak sure tapi aku rasa aku agak ego jugak. Aku homesick tapi tak bagi tau pun kat family yg aku rindu dorg sbb memang lumrah kitorg tak pernah express our true feelings to each other pun since our very young age. Jadinya selama 2 minggu jugak menahan rasa tu, faham tak semua bnda aku buat tak kena. Ada presentation x bersemangat, memang semua tak kena. Sampai roomate ingat aku terasa dgn dia (tapi actually yass). Sampailah one day aku tergerak nak call dorg, like I know my parents xkan call anak2 dorg but expecting us to call them sbb dorg takut kitorg ni busy ke apa. I try to endure that. Faham tak bila tgok org lain otp dgn famili tapi kau kat situ just to hear what they're talking about..That's hurt (jap cuba nak nangis) Hahhaahaaha. Tapi kita tak boleh nak kawal situasi mcm tu. Itulah dunia. I called them just to hear their voice and at least knowing that they're still in good without talking about my real situation. Masalah aku annoying dgn roomate, presentation semua. Hahhahaa. Betapa aku cuba tahan air mata keluar sebab memendam rasa tu. Allah saja tahu time tu. Lepas2 selesai call terus rasa lega. Macam satu beban dah hilang. Bila kau selalu memendam rasa, kau fahamlah situasi ni. Presentation esok boleh cemerlang sampai dapat A. Hahahhahahha. So dari situ aku tahu ada benda kita boleh simpan ada benda tak boleh. Bahaya. No matter how strong you are, rendahkan sikit ego tu. You need someone to hold to.
      Then masalah aku annoying dengan perangai roomate. Ok frist roomate aku ni, aku annoying gila sampailah ke hari ni. Tapi..tapi..nnti aku crita. Annoying sampai tahap aku kena solat hajat to get rid of this girl. Hahahhaha. Bukan apa, tak nak buka aib tu. Biarlah aku je tahu perangai dia sampai aku lupa, sbb kalau tak tulis sini memang aku lupa. Tapi the biggest issue is dia ni obses dengan aku..hahhahhhahahhha. Baca macam perasan kan. Tapi that's it. Dia ni mcm suka ikut aku, nak tahu ke mana aku pergi. Haihhh..suka hati saya lah! Banyak sebenarnya benda aku tak suka dengan dia until now. Ada satu hari tu aku berdoa betul2 memang tahap orang teraniaya ni untuk aku jauh dari dia. Tapi hari demi hari macam Allah beri petunjuk hati aku dan fikiran aku jadi semakin terbuka untuk terima dia seadanya. Dah macam jodoh pulak ;p. So dari situ aku belajar yang tak semua benda kita suka ada dengan kita. Aku cuba tolerate dengan benda yang aku tak suka. Sampailah hari ni, kalau ikutkan hati dan perasaan aku ni banyak je benda aku nak sound tapi disebabkan iman dan akal Allah bagi aku try untuk diam ja. Selagi boleh diam, diam. Jaga hati orang jugak. Kita ni pun bukan manusia sempurna pun, apa yang nak diharapkan pada orang lain.
             Then, I face another annoyingly kinda good roommate which happen to work together in assignment and presentation. Aku agak annoying sangat sebab dia kinda bossy and I work really2 under pressure. Isn't it frustrating kalau ada teammate yang tak percaya dengan kebolehan kau dan cuba mengarah-arah kau supaya ikut cara dia dalam presentation. Isu ni memang paling besar dan aku burst out lah sbb ini berkaitan dengan akademik aku. Satu benda yang aku paling tak suka dalam hidup ni bila ada yang mengongkong aku dan anggap aku useless tanpa dorang. It happens on my homesick period pulak tu. I know you are good but I have my own strength too which I can prove it from my previous achievement. Waktu ni memang epic, aku marah sangat sampai aku nangis. Memang tak boleh tahan. Aku call kawan baik aku yang paling rapat dan dipercayai. Aku sure dia takkan judge iaitu Hudson. Aku cerita semua kat dia dan dia bagi nasihat. Aku tahu memang lumrah manusia untuk bagi nasihat supaya org tu tenang eventho aku just nak someone to hear my problem. Apa2 pun aku memang calm down sembang dengan dia malam tu. Aku memang jarang call orang so kalau call tu memang betul2 berat dh. Lpas je dari tu, aku try utk tolerate dgn situasi tu and give the best that i can sambil mengharapkan semester satu akn berlalu...hahhahhahaha. Dan berdoa supaya sem 2 dah tak satu kelas. Hahahhahhahahhaa. Nampaknya ye. Baguslah. Aku belajar yang tak semua bnda jadi macam yang kita nakkan. Tak semua orang nampak dengan kebolehan kita selagi kita tak tunjukkan. Dari situ, aku fikir balik dan cuba faham punca sebenar dia act in that way. Semua bnda jadi bersebab. Her background might be the cause, she's from intellectual surrounding from young age. No wonder dia mcm tu. Itu jelah. Yang penting sekarang, aku lah. Tindakan aku lepas tu. Aku cuba tak nak grup dgn dia, walaupun sukar sbb satu course. Thumbs up!
  Itu sahaja, panjang sangat cerita aku entry kali ni. Cuma nasihat aku, dalam hidup selalu je ada masalah datang. Tpi apapun yang penting diri kita sendiri. Kita lah decide cerita kita . Ini ke yang kita nak? Thats all. Nnati aku cerita pasla sem 2 pulak. 










Tuesday, October 22, 2019

A little piece of my life

assalamualaikum and hai hai rakyat jelata...harini nak pesan something..just nak share pegangan aku sepanjang aku hidup ni la..aku akui dan bersyukur alhamdulillah. Dalam kalangan adik-beradik aku aku boleh dikatakan agak bertuah dan berjaya dlm apa yang aku nak. Dari Upsr...dpat better dri kakak and abang aku..pt3 tu biasa ja..tapi time ni aku agak sedih sbb ayah aku tak appreciate result aku tu sbb mybe dia ada high expectation kat aku since abang aku dpt straight A dlm PMR..so biasanya kalau dpt result yg agak baik parents akn celebrate and such kan? Tapi believe it or not, ada sorang pakcik ni pulak yang ucap tahniah kat aku siap bagi makanan lwbih lagi masa hritu aku bli makanan dia..hhahaha..funny. But i keep it as a secret from my father. Mcm biasa aku ni xde emotion, so aku just refused each and every sad feeling that ever encounters me.
  Masa SPM, alhamdulillah result aku mmg bagus bagi aku. Tapi mcm biasa ayah aku still questioning..dia rasa aku akan dapat result yang lebih elok and the wrong is sbb aku careless..thats it. Dia mmg letak harapan tinggi kat aku..hmm..But its okay. Then aku dpt matriks. Ayah aku suka lah sbb tu cabang sains tulen..katanya banyak skop boleh masuk sbb luas..kat sini lah baru aku dapat mengenal dunia? Apa makna kehidupan..apa asbab aku dilahirkan..rupanya..life is like a box of chocolate..hahhahhaa..kidding. Kat sini aku hidup tanpa sekatan..i'm allowed to do something i love. Family aku boleh dikatakan conservative skit.
    Kat matrik ni lah aku pegang prinsip aku..aku puas dengan apa yang aku dpt..aku tk letakkan harapan yang tinggi akan satu benda tu. Kalau kita nmpak kawan dapat 4 flat..janganlah dengki dgn dorang sbb setiap orang ada matlamat masing2..ada target. Maybe dia pulun nak dpt 4 flat sbb dia nak jadi doktor. Macam aku, dapatlah pointer berapa pun janji lepas dari target aku dh kira bersyukur dah..kalau aku dpt 4 flat tapi cita2 aku tak require aku dpt 4 flat..then it sokay la..Aku rasa pegangan dan prinsip aku penting supaya aku boleh lagi maju ke depan..sentiasa bersyukur dgn apa yang aku capai..supaya aku x sedih di kemudian hari.
   Apa2 pon yang ayah aku fikir pasal aku but still, aku rasa bertuah sbb antara adik-beradik aku...aku yang paling bebas untuk buat keputusan sendiri dan diberi kepercayaan..aku lah yang study paling jauh dari family. Aku dapat buat apa yang aku suka yang percaya boleh majukan diri aku...eventho aku ank bongsu tapi aku tak rasa mcm tu...that is me..living in a conservative family..private live..keep it low. So korang mesti ada pegangan masing2 kan? share la..srs aku bosan..nak kawan online....hmm..ni je lah yang mampu aku share benda yang tak seberapa ni..

Friday, October 11, 2019

Nak Share IG aku (perhatian saya Instafamous ye)

Hmmm, dah alang2 skarang ni aku bosan sbb dh lama takde request dri followers so aku nak promote IG aku sini. @sitinurzulaikhaa . Insyaallah aku akan follow back korang. Kalau nak attention dm je aku cakap 'hai Instafamous, awak idola saya.'. Then aku kenal korang pembaca blog aku yang usang dan membosankan ni sama macam aku. Kbaii

                                            Nothing special about me. I'm just sleepy. 😴

JOURNEY TO EXCELL!

Assalammualaikum semua dan hai...lama bebenor aku x blogging..since actually org skang jarang dh yang nak layan blog kann? Semua lbih selesa kenal org through social media lagi2 ig..thats why aku pun cam..hmmm. Takpelah. Anyway, itu x mungkin mematahkan semangat aku utk story di sini. guess what, last entry aku ada cerita pasal UTM kan?? Hmmm, what do u guys think i'm at now?? Yess, aku kat UniKL!! Wuuuu!!#tiberr Macm mana haritu punya beriya nak study kat UTM tiba2 ada kat unikl plak dah enn? alhamdulillah, dh bergelar pelajar UniKL and I'm proud of it eventho bukan first choice aku. tak pernah terlintas dlm fikiran aku. Betullah apa yg tercatat dalm quran. "And they planned and Allah also planned and Allah is the best of planners."- 3:54. 
  
          So here I am to tell to you guys about my journey dlm mencari ilmu. Maybe boleh inspire or else jadi bahan bacaan di kala bosan and end up thinking why you read this...duhh. 

    Start dari selepas aku SPM, so here is the point where my life changing. Haa giteww. Yelah. Memang seronok bila dh habis zaman sekolah. We left that white uniform behind, all the strict rules and regulation...kena join koko byk2 konon2 kalau x aktif takleh go on with life. Your life getting darker and no future la...seperti apa yg digemburkan..hahhaha. Tapi realitinya, korang baru sahaja berdiri di garisan pemula untuk satu fasa yang baru. Haa hambik bahasa baku aku. Memang aim aku cuma UPU..mmg harapan aku tinggi utk masuk Universiti..gah gitu. Menara gading katakan...aim aku just ambik diploma. Eventho lambat pun xpa. Sbb aku x yakin aku boleh cope dengan pembelajaran yg cepat macam matrik or asasi. Lagipun aku ada mindset mcm tu and aku ter'makan' dgn statement kawan2 aku yg kata student matrik ni berlagak skit. Hmmm, aku pun xtau apasal..selain drp UPU aku try juga apply matrik sebab kawan2 aku pakat dok isi. Balun la. Kalut la kitorg ni nak isi matrik..sampai lah masa UPU dh diumumkan, aku syok sgt sbb first choice aku dpt! UITM Bertam ( Kesihatan Persekitaran)..mmg semangat dh nak pegi. Tapi family aku time tu ada masalah skit. Sedehh teramat. Bila ja dapat pulak result matrik, alhamdulillah aku dapat Kolej Mara Kulim which only takes 5 minute to go from my house. Memang parent aku galakkan gile2 pegi situ. Alhamdulillah, aku dpt sama dgn Hudson kawan baik aku. So di atas galakan parent, jiran tetangga dan sanak saudara. Aku pun daftar la kolej tu walaupun bukanlah pilihan aku entirely. Tak menyesal, tak happy sangat jugak. Aku just try and error gituh. Actually aku takut ambik risiko untuk matrik ni sebab sepupu aku kata kena struggle betul2..I don't know why but I have that feeling that i've being downgraded and underestimated by them. After all, aku fikir aku kena percaya diri aku sendiri sbb aku kenal diri aku lebih dri org lain. Aku selalu fikir aku boleh buat, bole buat, bole buat. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 duduk kat matrik setahun ja tapi ajar aku banyak benda. Tak pernah lagi aku tersungkur. Kat sini juga aku tahu potensi dgn minat aku yg mendalam kat Fizik. Aku dpt peluang buat benda yg aku minat. Aku jadi manusia yang lebih positif. Aku ada crush.. haa tiberr.

     Berkat kepulunan yg tidaklah seberapa nak dibandingkan hamba Allah yang lain, aku dpt keputusan yang cemerlang dan cukup berjaya bagi aku..aku bangga dengan diri sendiri and tak perlukan kebanggaan dari org lain..honestly, ayah aku persoalkan result aku tuh..mybe sebb dia ada expectation yg tinggi spya aku dpt 4 flat. Tpi bagi aku, vision aku clear. Aku tahu aim and goal dlm hidup aku. Aku fikir 4 flat bukan la tiket utk aku berjaya dptkn goal aku. Without 4 flat, i still can excell insyaallah. Ikut orang juga. Goal masing2. Aku dh buat sehabis baik. Tak appreciate? It sokay, then.

   After matriculation level, tiba masanya nak decide apa yg aku nak achieve dlm hidup ni. Sbb peringkat matrikulasi ni actually sistem belajar macam sekolah jugak. Ada lah beza sikit. Means kita x nmpak lagi career kita or job scope kita. Kiranya peringkat matrik ni lah peringkat kita identify passion kita. Alhamdulillah di usia 19 tahun bole apply degree. Macam biasa mmg aim aku UPU. Before this aku ada share apa yg aku minta kat UPU and aim aku. Macam yg aku mention sebelum ni, UniKL bukanlah first choice..aku mohon pun disebabkan kawan2 rapat aku mohon jugak, so dorg memang influence aku. Kitorang pun macam gedik2 ja nak mohon tu. Berbekalkan kegedikan ini, maka aku pun mohon lah UniKL dengan acuh tak acuh. Tahap yg aku sendiri taktau apa yg aku minta. Aku langsung taktau pasal UniKL ni mcm mana. Bagus ka? Sebab dalm fikiran just expect aku sbg student IPTA and of course jadi impian ramai marhaen seperti saya kan. So result UniKL keluar dulu sblum UPU. Alhamdulillah aku ditempatkan di UniKL MICET dgn course Environment ( first choice kalau x silap) Yup. Course yg aku dpt masa mnta diploma. Mmg parents sdiri pun kata tggu dulu UPU...Alhamdulillah UPU dpt UTM utk course Fizik which is really my preferred course. Memang bersyukur dapat course yg aku minat. Punya gabra kalau x pass UPU. Tapi bapak Skudai jauh dari Kulim woii. Yess MICET pun jauh woii. Nak buat cemana...

      Bila dh dapt UPU tu mmg dah sebulat suara nak terima. UniKL pun pandang sebelah mata ja dan dilupakan. Tapi tulah. Aku dh plan mcm2 dgn tersusunnya dgn harapan aku berjaya jadi pelajar UTM..tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya. Ada ja benda yang macam halang aku daripada proceed plan aku. Benda sampai 2-3 kali juga gagal rancang sampai aku menangis la kenapa bole susah smpai mcm ni. Last2 sampai lah satu saat mmg kitorg satu famili mmg redho dgn halangan tu. Mmg takde cara. Aku fikir ada sebab kenapa setiap satu2 benda tak jadi mgkin ada lah tu Allah nak ganti dgn benda yg lebih baik utk masa depan aku. Aku teringat doa aku yg sentiasa aku baca lepas solat. Kiranya tak pernah lagi miss insyaallah, doa permudahkan urusan. Then dalam satu malam tu jugak aku kena ubah plan secara last minute jugak la. Aku start godek2 cara nak masuk UniKL...refer kawan2, wasap staf UniKL terus, senior...sbb aku buntu time tu. Alhamdulillah suprisingly, urusan aku selepas tu memang Allah mudahkan. Eventho jauh perjalanan. Dari Kulim nak gi Melaka..di hutan ini..upps. Siapa study MICET. Memahami la. Tapi syukur bole sampai awal. So far sebulan kat sini memang fun. Eventho jauh nak mam*** dari Pekan. Line selalu xde hahhhah..tapi WiFi laju..#tiberr. Roommates mmg sporting, staff mesra pelajar, pensyarah mmg friendly, sistem tersusun, teknologi tinggi, fasiliti bagus, ada MARA hehe. Lagu UniKL best..hahhha. Orientasi serius macam kolej. Sebelum ni memang aku perati blog2 tak ada sangat orang post pasal UniKL lagi2 MICET ni..so sini aku nak ajak korang yang baca ni, jom lah meriahkan MICET. Dahlah banyak program, staff SDCL mesra pelajar..hahhaha. Yang penting apply lah course Environment (BCE) sbb apa yang aku tahu tak ramai ada kesedaran tentang course environment ni. Penting tau utk masyarakat sejagat. Buat masa ni, aku x boleh lagi nak share apa yg course ni akan belajar sbb baru sem 1.

           Post kali ni memang panjang lah..harap bole baca..terima kasih sbb baca ke xde siapa yg baca. It sokay la.BTW aku doakan siapa yg baca ni dapat kejayaaan yg ingin dikecapi. doakan juga aku dapat grad dengan berjaya. Dipermudahkan urusan oleh Allah Taala. Aamiin. 




                                                           

   

Saturday, August 3, 2019

Dari Utara ke Selatan (UTM)

Assalammualaikum so entry kalini nak share yang 31 Julai 2019 haritu keputusan upu dah keluar..masa ni aku check waktu kat airport kk sbb otw balik penang . alhamdulillah aku dapat sambung degree (pilihan ke 5) dalam jurusan fizik di UTM..yup. Universiti Teknologi Malaysia...so aku kena angkut lah segala harta aku ke selatan Malaysia..hujung Malaysia to be exact. Aku tak sangka langsung boleh dapat utm memandangkan utm tu antara top kat Malaysia (aku baru tahu)..nak dibandingkan dengan result aku yg tak berapa gempak tapi alhamdulillah. Nak dijadikan cerita apa yang aku isi dalam upu:

1. pendidikan fizik (uitm) #
2. fizik (ukm)
3. fizik (um)
4. pengurusan perladangan (uitm) #
5. fizik utm
....

And mostly bidang fizik lah aku apply..sebab aku minat fizik. Disebabkan iv aku tak pegi tulah tak alert kann..mendapat. 1 and 4 memang out dah. Disebabkan aku over confident sangat nak dapat ukm..beranganlah aku di siang hari boleh masuk ukm...HAHHAH...tak expect bole dapat utm..tapi alhamdulillah..mak ayah aku bangga juga anak dorang bole masuk one of the top university..tapi depa dok soal macam2 la pasai apply jauh2 sangat lagi2 aku anak bongsu perempuan pulak tu..hmmm. Sebelum ni study matrik kat KMKU belakang rumah ja..boleh jalan kaki. Sekarang ni kena pikiaq transport pulak lah..Satu lagi ketaq lutut pulak nak belaja dgn pelajar2 yang jauh lebih bijak dari diri ini..HUHU.... Apapun semoga Allah mempermudahkan perjalanan aku mencari ilmu ni...Aamiin.
   Aku pun bangga dengan kawan2 aku kat matrik semua dapat masuk universiti yang bagus2 termasuk RU...ramai dapat usm, uum, uitm,ukm,upm, utm, ump, umk, unikl dan banyak lagi...rezeki Alhamdulillah..aku harap hampa yang baca ni pun dapat rezeki sambung degree dan tamat dengan jayanya..insyaallah.





Saturday, June 1, 2019

TERLEPAS MEDSI..UBAH PLAN LA CENTU

Assalammualaikum guys, harini aku update guna BM je lah ok. setelah beberapa minggu befoya-foya di rumah bergoyang kaki, menyibukkan diri dengan persiapan raya sampai aku lupa apa tujuan dan makna hidup ini. HAHAH. Over! Selasa lepas 28 May aku dapat result matrikulasi. Alhamdulillah bukanlah gempak sangat 4 rata. Tapi aku bersyukur terbalas jugaklah kerja keras. Aku terima itulah keputusan yang semampunya dan selayaknya aku dapat. Walaupun tak dapat nak memenuhi harapan ayah aku yang setinggi gunung kinabalu tu especially..tapi aku ada perancangan aku sendiri yang sesuai dengan pointer aku dapat. Haaa, apa sebenarnya plan aku ni?? Aku sebenarnya nak jadi seorang pendidik. Ya, cikgu. Waktu upu online dibuka tu aku ada apply pendidikan memandangkan jadi cikgu ni pon harapan terbesar mak ayah aku. Mula2 aku mmg x minat nak jadi cikgu tapi lepas ja matrikulasi lama2 aku sedar aku suka mengajar. Sebelum aku sambung matrik pon actually aku ambil pengalaman jadi cikgu tadika. Ado lah kan..Tup tup..aku terlepas ujian medsi (aku taktau pon kewujudan medsi ni) ...Haa heloklah..sepupu aku student upsi..dia kata ambil second intake bulan februari. Katanya ujian medsi ni susah. HUHU takutt..aku pon takut dan gelabah melihatkan pengalaman orang lain ambik medsi..tapi prinsip aku "never stop trying because of your uncertainties..nothing is certain than DEATH" haa giteww. aku search punya search pasai medsi and pengalaman orang lain..kebanyakannya ramai yang lepas..ok skang aku pelik susah sangat ke medsi ni?? aceyhh..so aku pon search 'gagal ujian upsi' and guess what?? yg gagal pon ramai..erkk!  -_-

    Ada yang kata sampai berkali-kali jugak try medsi tak lepas.. aku mula rasa takut...sampailah aku sangkakan nak jadi cikgu ni hanya ada satu cara ja iaitu dgn ambil medsi..aku lupa sebnarnya niat aku nak jadi pendidik bukan nak masuk upsi semata-mata..ada cara lain lagi nak jadi pendidik sebenarnya..hmmm..another way is such this..actually impian aku nak jadi cikgu fizik HIHI..nak jadikan cerita macam mana aku minat fizik ni pon taktau..it just happen! matrik dulu kawan2 aku selalu minta tunjuk ajar aku kalau bab fizik..mungkin sebab tu aku jadi suka fizik and mengajar orang.
So kat atas ni antara cara nak jadi cikgu yang bagi aku insyaallah menjadi perancangan memandangkan aku dah terlepas ujian medsi..HAHAAAHHAHAHAAHHAHAHAHAHAAHAA. Nasihat aku untuk adik2 di luar sana..tulung buat research dulu untuk pathway yg korang nak and keep updated with any university u have applied..jangan jadi macam aku..kena ubah plan HUHU  T_T
 Kepada sesiapa yang membaca ni, doakan saya dapat jadi pendidik yang terbaik..Aaminn





Wednesday, May 22, 2019

CRUSH!


Assalammualaikum. I just continue for my previous entry. Besides, I also hope I can meet my crush back..well…what will be his reaction towards me then. I was wondering. Never mind. He just a guy I’ve been crushing for about three years without confessing or telling anyone. I can’t simply trust anyone though. Honestly, I was thinking that I will not having crush anymore towards him as soon as I get into matric but I was wrong…my heart still beat the same way as the three years back then in my secondary school. Damn! It happens when I met him during marching camp organized by matriculation all over the country. I pretend for not being recognized by him but I failed…I still cannot face him and act normally even actually he has been dated with someone. Enough for crush. I don’t really like this topic but at least I have confessed it. I don’t really think there is one who can really understand my feeling towards this guy. I try to open to my close one but they never truly understand so I keep it to myself. Well, I never mean to beg someone to feel me.  I can say that I just a typical person who having crush on a bad boy of the school. HAHA. When exactly I can change? I had no idea. Adios!