So here I am to tell to you guys about my journey dlm mencari ilmu. Maybe boleh inspire or else jadi bahan bacaan di kala bosan and end up thinking why you read this...duhh.
Start dari selepas aku SPM, so here is the point where my life changing. Haa giteww. Yelah. Memang seronok bila dh habis zaman sekolah. We left that white uniform behind, all the strict rules and regulation...kena join koko byk2 konon2 kalau x aktif takleh go on with life. Your life getting darker and no future la...seperti apa yg digemburkan..hahhaha. Tapi realitinya, korang baru sahaja berdiri di garisan pemula untuk satu fasa yang baru. Haa hambik bahasa baku aku. Memang aim aku cuma UPU..mmg harapan aku tinggi utk masuk Universiti..gah gitu. Menara gading katakan...aim aku just ambik diploma. Eventho lambat pun xpa. Sbb aku x yakin aku boleh cope dengan pembelajaran yg cepat macam matrik or asasi. Lagipun aku ada mindset mcm tu and aku ter'makan' dgn statement kawan2 aku yg kata student matrik ni berlagak skit. Hmmm, aku pun xtau apasal..selain drp UPU aku try juga apply matrik sebab kawan2 aku pakat dok isi. Balun la. Kalut la kitorg ni nak isi matrik..sampai lah masa UPU dh diumumkan, aku syok sgt sbb first choice aku dpt! UITM Bertam ( Kesihatan Persekitaran)..mmg semangat dh nak pegi. Tapi family aku time tu ada masalah skit. Sedehh teramat. Bila ja dapat pulak result matrik, alhamdulillah aku dapat Kolej Mara Kulim which only takes 5 minute to go from my house. Memang parent aku galakkan gile2 pegi situ. Alhamdulillah, aku dpt sama dgn Hudson kawan baik aku. So di atas galakan parent, jiran tetangga dan sanak saudara. Aku pun daftar la kolej tu walaupun bukanlah pilihan aku entirely. Tak menyesal, tak happy sangat jugak. Aku just try and error gituh. Actually aku takut ambik risiko untuk matrik ni sebab sepupu aku kata kena struggle betul2..I don't know why but I have that feeling that i've being downgraded and underestimated by them. After all, aku fikir aku kena percaya diri aku sendiri sbb aku kenal diri aku lebih dri org lain. Aku selalu fikir aku boleh buat, bole buat, bole buat. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 duduk kat matrik setahun ja tapi ajar aku banyak benda. Tak pernah lagi aku tersungkur. Kat sini juga aku tahu potensi dgn minat aku yg mendalam kat Fizik. Aku dpt peluang buat benda yg aku minat. Aku jadi manusia yang lebih positif. Aku ada crush.. haa tiberr.
Berkat kepulunan yg tidaklah seberapa nak dibandingkan hamba Allah yang lain, aku dpt keputusan yang cemerlang dan cukup berjaya bagi aku..aku bangga dengan diri sendiri and tak perlukan kebanggaan dari org lain..honestly, ayah aku persoalkan result aku tuh..mybe sebb dia ada expectation yg tinggi spya aku dpt 4 flat. Tpi bagi aku, vision aku clear. Aku tahu aim and goal dlm hidup aku. Aku fikir 4 flat bukan la tiket utk aku berjaya dptkn goal aku. Without 4 flat, i still can excell insyaallah. Ikut orang juga. Goal masing2. Aku dh buat sehabis baik. Tak appreciate? It sokay, then.
After matriculation level, tiba masanya nak decide apa yg aku nak achieve dlm hidup ni. Sbb peringkat matrikulasi ni actually sistem belajar macam sekolah jugak. Ada lah beza sikit. Means kita x nmpak lagi career kita or job scope kita. Kiranya peringkat matrik ni lah peringkat kita identify passion kita. Alhamdulillah di usia 19 tahun bole apply degree. Macam biasa mmg aim aku UPU. Before this aku ada share apa yg aku minta kat UPU and aim aku. Macam yg aku mention sebelum ni, UniKL bukanlah first choice..aku mohon pun disebabkan kawan2 rapat aku mohon jugak, so dorg memang influence aku. Kitorang pun macam gedik2 ja nak mohon tu. Berbekalkan kegedikan ini, maka aku pun mohon lah UniKL dengan acuh tak acuh. Tahap yg aku sendiri taktau apa yg aku minta. Aku langsung taktau pasal UniKL ni mcm mana. Bagus ka? Sebab dalm fikiran just expect aku sbg student IPTA and of course jadi impian ramai marhaen seperti saya kan. So result UniKL keluar dulu sblum UPU. Alhamdulillah aku ditempatkan di UniKL MICET dgn course Environment ( first choice kalau x silap) Yup. Course yg aku dpt masa mnta diploma. Mmg parents sdiri pun kata tggu dulu UPU...Alhamdulillah UPU dpt UTM utk course Fizik which is really my preferred course. Memang bersyukur dapat course yg aku minat. Punya gabra kalau x pass UPU. Tapi bapak Skudai jauh dari Kulim woii. Yess MICET pun jauh woii. Nak buat cemana...
Bila dh dapt UPU tu mmg dah sebulat suara nak terima. UniKL pun pandang sebelah mata ja dan dilupakan. Tapi tulah. Aku dh plan mcm2 dgn tersusunnya dgn harapan aku berjaya jadi pelajar UTM..tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya. Ada ja benda yang macam halang aku daripada proceed plan aku. Benda sampai 2-3 kali juga gagal rancang sampai aku menangis la kenapa bole susah smpai mcm ni. Last2 sampai lah satu saat mmg kitorg satu famili mmg redho dgn halangan tu. Mmg takde cara. Aku fikir ada sebab kenapa setiap satu2 benda tak jadi mgkin ada lah tu Allah nak ganti dgn benda yg lebih baik utk masa depan aku. Aku teringat doa aku yg sentiasa aku baca lepas solat. Kiranya tak pernah lagi miss insyaallah, doa permudahkan urusan. Then dalam satu malam tu jugak aku kena ubah plan secara last minute jugak la. Aku start godek2 cara nak masuk UniKL...refer kawan2, wasap staf UniKL terus, senior...sbb aku buntu time tu. Alhamdulillah suprisingly, urusan aku selepas tu memang Allah mudahkan. Eventho jauh perjalanan. Dari Kulim nak gi Melaka..di hutan ini..upps. Siapa study MICET. Memahami la. Tapi syukur bole sampai awal. So far sebulan kat sini memang fun. Eventho jauh nak mam*** dari Pekan. Line selalu xde hahhhah..tapi WiFi laju..#tiberr. Roommates mmg sporting, staff mesra pelajar, pensyarah mmg friendly, sistem tersusun, teknologi tinggi, fasiliti bagus, ada MARA hehe. Lagu UniKL best..hahhha. Orientasi serius macam kolej. Sebelum ni memang aku perati blog2 tak ada sangat orang post pasal UniKL lagi2 MICET ni..so sini aku nak ajak korang yang baca ni, jom lah meriahkan MICET. Dahlah banyak program, staff SDCL mesra pelajar..hahhaha. Yang penting apply lah course Environment (BCE) sbb apa yang aku tahu tak ramai ada kesedaran tentang course environment ni. Penting tau utk masyarakat sejagat. Buat masa ni, aku x boleh lagi nak share apa yg course ni akan belajar sbb baru sem 1.
Post kali ni memang panjang lah..harap bole baca..terima kasih sbb baca ke xde siapa yg baca. It sokay la.BTW aku doakan siapa yg baca ni dapat kejayaaan yg ingin dikecapi. doakan juga aku dapat grad dengan berjaya. Dipermudahkan urusan oleh Allah Taala. Aamiin.
No comments:
Post a Comment